Sunday, May 29, 2011

Kemunculan Yang Tidak Dinanti....... Muahaha..........

     Aww......... tak boleh blah bila tengah gigih meng'google', aku terpesona & terkesima dengan kemontokan dan keunikan lips ni........ so nak puaskan hati sendiri, tepek je la kat sini sebagai pembuka bicara.....

Diam tak diam rupanya berkurun dah aku tak berblog....... ntah ke lupa ntah ke malas ntah ke bizi ke hape.. aku tapaukan semua jawapan aku macam tu... hehehe............sampai nama blog pon aku dah lupa! Gila punya tak hengat... last-last aku bukak blogger.com. Baru jumpa... kahkahkah...
Konon dulu berikrar nak jadi blogger sejati........... skang bila ingat balik azam tu, rasa nak tercirit sebab kelakar tahap gaban....... ada hati nak jadi blogger kunun.. nak post citer baru pon terkial-kial... manjang salah taipnya... asek backspace, backspace....... taip ... delete... tukar........ ntah hape-hape.. cite tak de point pun.. orang pun tak hingin nak baca........... hahaha..........

Soalnya.. kenapa aku lama tak bukak blog??

Ada sebabnya............

Sebabnya aku dah jarang online sebab wireless line kat tempat kerja aku tu dah sampai tahap kronik..
Dah boleh masuk ICU....... kalau kanser, dah sampai tahap kritikal stage 4 lah gitu.............
Dia punya slow tu ya ampun....... berpeluh tunggu nak loading google.com SAHAJA... diulangi....... GOOGLE SAHAJA!!! Gila lambat! Sampaikan aku dah siap semak buku latihan budak-budak satu kelas pon, dia manjang loaaadinnnnggggg............ loadinggg....... tak habis-habis...  tensi! tensi!
last-last aku tutup laptop simpan dalam beg...........

Sesekali ada jugak curi-curi guna komputer kat staff room tu tapi manjang asek tertoleh-toleh kiri kanan takut-takut orang lain nak guna untuk buat keje atau print.. ye lah... aku guna bukan untuk buat kerja pon....... hehehehehe....... segan aku bila diorang melintas sebelah tengok aku tengah bukak website2 yang tak berilmiah..... masuk forum, gosip, download lagu, cerita.. kahkahkah..... hape punya cikgu daa.............
bukan apa, spesies cam haku ni kalau bab kerja taip menaip esp., lebih senang buat dengan laptop sendiri dan buat di rumah.......... tak de tekanan dan bebas aku nak buat gaya apa kat atas katil haku tuh.......



Lepas tu ... lama gak la aku puasa dari berinternet.......
Sampai la satu hari tu terpikir nak beli broadband... mula-mula ingat nak amik Celcom tapi bila kawan-kawan aku respon yang service celcom macam taik kucing kat tempat aku , so cancel nak amik celcom.. usha plak Maxis... ramai yang suggest suh amik Maxis sebab line dia ok kat sini..
So... lepas dah interview kengkawan tu, bulat la tekad aku nak amik Maxis.. tapi aku amik pon bukan lepas tu, berbulan jugak la.. hahaha.. macam biasa la, jenis aku ni.. mula-mula je semangat lepas tu lupa dah...

So aku pun dengan gumbiranya amik Maxis ngan pakej RM68 (volume data 3 GIG).... balik umah terus try......

Perghh............. kagum gak la dengan kepantasan loading dia... berbaloi la bagi aku...


Cuma lepas tu, ada benda yang aku tak tau tapi tak tanya kat amoi kat kedai maxis tu.. so...

padan ngan muka aku sendirik! Tak tau tapi buat-buat tau...

Korang nak tau apa dia yang aku tak tau?? Aku mati-mati ingat volume data 3 GIg tu untuk benda-benda yang kita download sahaja... lagu , gambar, cerita etc...

So aku dengan tak sedar dirinya bukak Youtube dari pagi sampai ke malam tengok cerita bersiri sampai naik muntah ! Lepas tu dapat message ; katanya aku dah nearing quota! Wadahei!! Aku pun bermonolog dengan diri sendirik ' Bila masa aku download sampai 3 GIg nih??? Gila hapa maxis ni??? ' pas tu... bila aku dah sampai quota.. nak bukak google pun berjanggut!!!

rupanya lepas tu bila aku risik-risik.. volume data 3 Gig tu adalah untuk semua yang kita download;
download erti katanya termasuklah bila kita bukak web, tengok youtube, dengar lagu....

tapi kalau setakat bukak web dia download tak banyak sangat.. yang dia makan byk tu bila aku bukak Youtube ! Siap tengok cite Autumn in my heart tu! Ko bayangkanlah ada berapa episod! Berapa byk dah air mata duyung aku mengalir tengok citer tu... tak ku sedar rupanya lepas tu memang aku menangis betul-betul sebab baru 2 minggu guna, dah capai quota... kahkahkahkah! Gelak untuk diri aku sendiri... Memang sungguh la aku ni biol IT..

Lepas dah sebulan, bila aku dah bayar rm68 tu, baru lah dia lajuuuuu balik........... suke!!!

tapi kena beringat dah... tak nak pisang berbuah dua kali.. so sekarang aku play safe; bukak youtube ala-ala nak segan.. tengok video yang pendek-pendek je..

hahahahahaha......

Apa-apa pun.........
diharap dengan kemunculan broadband ni akan memurnikan lagi niat suci aku nak berblog..

hahaha...

till then, Aneyo guys!
salam...