Ni toplist haku... jangan tanya kenapa, mengapa, why, q, waishema and so on..
1. Tok Ti
Sapa tak kenal minah ni sila tanam diri korang sekarang.. haha..
siyes minah ni lah artis yang aku betul-betul minat tahap nak mati zaman aku sekolah dulu.. siap hafal lagu, beli kaset, tiru tandatangan, beli magazine yg cover dia, tampal gambar dia kat buku (siap tampal kat buku latihan lagi. ceh!)dan memacam lg lah benda mengarut yg aku sanggup buat semata-mata kerana Siti Nurhaliza ..
Cakap pasal siti ni aku teringat lak satu peristiwa zaman remaja aku yg kalo masa tu memang aku anggap peristiwa hitam lah, tapi kalo aku ingat sekarang rasa nak gelak guling-guling..
Aku ni hantu majalah, URTV, Mangga, MH, HAI dan majalah-lain seangkatan memang jd favourite aku lah.. dan masalahnya ialah mak bapak aku kira cam pantang tahap dewa la kalau nampak majalah hiburan kat umah. so aku lepas beli majalah cecepat sorok bawah katil, tak pun bawah almari.. (derhaka tul anak ni.. kuikui) dan kalo ada pict siti harussssslah aku gunting dan tampal dalam scrapt book yg memang aku buat khas untuk letak semua gambar siti. best tak haku? ke bangang? kira bertahun gak lah aku wat keje haram tu. aku punya sayang kat buku tu sampai aku siap lukis potret siti dan letak kat situ. berhari jugak le nak siap.. punya la gigih aku time tu.. (gigih tak bertempat). entah macam mana suatu hari balik skul, aku raba bawah katil macam biasa la nak tengok gmbar2 sumber inspirasi aku tu. gagau punya gagau x jumpa. x puas hati gi carik lagi kat tmpat lain. tetap tak jumpa. last-last bila dah fedup carik aku gi tanya mak aku. bih kurang gini le ayat aku..
"Mak ada nmpak tak fail biru org yg bawah katil tu?" (masa tu aku letak buku tu dalam fail biru, cover baik punya..)
"fail biru yang ada gambar siti tu? Pehal ko nak simpan gambar tu. mak dah buang"
(dgn muka selamba)
aku plak lepas dgr dia cakap macam tu, terus terkesima & termenung... memula aku cam tak rasa apa-apa.. last-last masuk je bilik berderai le air mata duyung aku ni mengenangkan buku kesayangan haku telah selamat dikebumikan oleh bunda tercinta!
berapa tahun aku gigih kumpul gambar dan artikel pasal siti.. akhirnya semua jadi debu (ceh, dah macam org putus cinta lak). maka frust lah aku ... dan lepas tu tobat dah aku tak mau kumpul2 gambar.. takat baca je.. haahahah... dan sampai lah sekarang aku masih lagi suka kat siti ni.. kira cam ai tak pernah curang lah kat mek ti ni... awww!! (walaupun aku sgt tak berkenan ngan tudung jambul dia tu, tapi still kagum ngan suara emas dia) .
Pernah la berangan nak jadi macam dia. kekonon nak jadi artis di usia muda.. nak beli rumah besar, nak beli keta besar, nak beli baju cantik2,
Maka nak jadi penyanyi hanyalah angan-angan yang aku tau memang tak akan jadi kenyataan.. hihihi..
Banyak gak la kenangan aku gilakan siti ni zaman aku sekolah dulu.. tapi tak larat lak nak taip..
So sekian... (pas ni nak tidur mimpikan siti nurhaliza!)
Aneyo!

No comments:
Post a Comment