Tuesday, July 3, 2012

BUJANG SEBLAK (SARATOK) TEWAS AKHIRNYA

Setelah 2 minggu operasi memburu seekor buaya yang diberi gelaran Bujang Seblak dilakukan, dan setelah belasan ekor buaya2 lain ditangkap tapi akhirnya disahkan bukan Bujang Seblak yang membaham Siah Munsong, pertengahan Jun lalu, akhirnya pada 2 Julai 2012 jam 8.30 pagi, buruan ini berjaya ditewaskan di Lubok Nanga Sungai Nyiar Roban. Di bawah ni adalah antara beberapa ekor buaya sebelum ini yang ditangkap tetapi disahkan bukan BUjang Seblak..
EMBOL Asum menyeluk tangannya ke dalam mulut buaya (dipercayai konco2 bujang Seblak) sebagai tanda melepaskan geram ekoran kematian isterinya, Siah Munsong
Yang ni aku tak paham kenapa nak seluk jugak tangan tuh.. buatnya baham..
Bujang Seblak ditewaskan seorang pawang buaya bernama Indet Senabong hasil daripada umpan anjing putih yang telah dipasang di beberapa tempat dan dijampi sebelum diturunkan. Menurut pawang tersebut, hanya buaya yang bersalah sahaja akan makan pancing anjing putih tersebut. Walaubagaimanapun, tak semudah itu nak menangkap 'legend' nih. Pawang ni sendiri terpaksa 'bertempur' lebih sejam untuk menarik buaya berkenaan naik kerana ia bersembunyi di bawah batang kayu di dasar sungai. Sekurang-kurangnya, dengan tertangkapnya buaya ni, legalah sedikit penduduk2 sekitar Saratok kerana 'pembunuh' telah ditewaskan walaupun pada logiknya tidak begitu mengurangkan jumlah buaya-buaya yang 'tinggal' di sungai Seblak.. Inilah rupanya buaya yang dikatakan sebagai BUjang Seblak tu.. Alamak tak jumpa lak gmbar full.
Buaya ni kecik mana sekalipun, tapi kalau dah dlm sungai memang dia Raja. Seram..
So, hati-hati kalau mandi manda di sungai..

2 comments:

  1. salam...seluk tangan dalam mulut buaya ikut petua org2 tua boleh jadi sbg ubat ruam2 mulut...wslm..

    ReplyDelete
  2. Berani-berani orang Sarawak buru buaya.

    -wina1979-

    ReplyDelete