Sunday, June 26, 2011

KELEBIHAN AYAT KURSI.. MARI AMALKAN BERSAMA :)

Walaupun hari ni bukan hari Jumaat tapi aku terasa nak kongsi entry pasal fadhilat ayat Kursi.. walaupun ramai yang dah tau, memang selalu dengar dan Alhamdulillah diamalkan dalam kehidupan seharian tapi why not kita berkongsi perkara yang baik kan?

Harap-harap lepas ni hati kita akan lebih terbuka untuk menjadikan ayat ini sebagai amalan.. Apa la salahnya meluangkan masa tak sampai 5 minit pun untuk baca ayat kursi. Kita ngadap laptop berjam-jam pon tahan kan? So ape de kes takat luangkan masa untuk baca ayat yang memang dah sah-sah ko dapat pahala dan kebaikan banding ngan ngadap laptop (online) tuh? Ewah.. aku maksudkan diri aku sendiri k.. hahaha.. kadang-kadang rasa nak terajang je diri sendiri bila pikir kenapa la bila buat benda tak berfaedah boleh je spend masa berjam-jam tapi kalo nak buat benda yang mendatangkan pahala boleh bilang ngan jari je dalam seminggu tuh... HUhuhu...

Kiranya lepas ni kita boleh jadikan ayat kursi sebagai amalan hidup kita lah. Aku kalau nak keluar rumah memang wajib baca kursi.. rasa tak sah kalau tak baca ayat ni.. Alhamdulillah memang jadi amalan aku sejak dulu lagi.. :)

Berikut ialah senarai kelebihan ayat kursi yang aku berjaya google.. (bukan idea sendiri k.. hihi. tapi sama je maksudnya kalau carik kat mana-mana pun)

Korang bacalah sendiri..

1. Sesiapa yang mengamalkan membaca ayat kursi selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia dan binatang buas yang memudaratkan dirinya.

2. Sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah.

4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain

5. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya yang mana mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

7. Sesiapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, maka Allah mewakilkan 2 orang malaikat memeliharanya sehingga Subuh.

8. Barang siapa yang membaca ayat Kursi di dalam kesempitan maka Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya. Insyaallah.

9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

*Renung-renungkan dan selamat beramal!

1 comment: